Khas Untuk Anda Yang Mencari PELUANG Jana $$$$ Sebagai Perunding Hartanah Berdaftar
Arzone Properties merupakan sebuah agensi hartanah berdaftar membuka peluang untuk anda yang tercari peluang baru menjana pendapatan tanpa had sebagai perunding hartanah berdaftar. Sebagai agensi yang aktif melatih ejen - ejen baru menjana pendapatan dalam bidang hartanah saya berbesar hati untuk menjemput anda sertai team saya.
Pada tahun ini saya membuka peluang kepada anda yang mempunyai minat dan impian untuk sertai saya dan team jana pendapatan tanpa had sebagai seoarang perunding hartanah walaupun anda belum pernah ada pengalaman.
Kepada mana – mana individu di Malaysia yang berminat menjadi seorang Perunding Hartanah anda perlu mendaftar di bawah agensi hartanah berdaftar yang di luluskan oleh Lembaga Penilai, Pentaksir & Ejen Harta Tanah (LPPEH) seperti Arzone Properties Realty.
Pendapatan Tanpa Had
Anda yang tentukan berapa pendapatan yang anda nak dalam sebulan. Lagi banyak anda buat, laagi banyak anda dapat
Kebebasan Masa (Fleksibal)
Kerjaya ini memberi kebebasan memilih pada anda, boleh dilakukan secara sambilan atau sepenuh masa mengikut keselesaan anda.
Boleh Di Lakukan Oleh Sesiapa Sahaja
Mudah dilakukan walaupun anda tiada kelulusan akademik yang tinggi. Asalkan anda tahu mengira, membaca, berkomunikasi dengan orang, & mempunyai fikiran yang positif, Kerjaya ini boleh anda laksanakan.
Ilmu Hartanah
Dengan menjadi ejen hartanah ini, anda dapat mempelajari selok belok hartanah dengan lebih terperinci. Apa yang boleh dan apa yang tak boleh.
Boleh Bermula Segera
Boleh memulakan kerjaya ini sebaik sahaja mendaftar sebagai ejen berdaftar dan prosesnya mudah. Saya terus sediakan personal coaching untuk anda.
Kerjaya Yang Profesional
Kerjaya Perunding Hartanah ini adalah satu bidang yang professional, mengajar kita cara berkomunikasi dengan orang, cara berfikir dalam menyelesaikan masalah, secara tidak langsung mengajar kita berfikir secara kreatif ketika berhadapan dengan sesuatu masalah.
Tugas Perunding Hartanah adalah untuk memastikan objektif utamanya dapat dicapai seperti memastikan rumah client berjaya dijual dengan harga yang ditetapkan atau mencari / mendapatkan rumah idaman client dengan kriteria yang ditetapkan.
Perkhidmatannya melibatkan keseluruhan proses pembelian iaitu mencari hartanah, runding harga terbaik, melakukan tawaran dan dapatkan kesepakatan tawaran serta membantu permohonan pinjaman client serta membantu proses pindah milik hartanah.
#1 - Mendapatkan Senarai Hartanah Untuk Di Jual / Sewa
Ini adalah tugas utama untuk bermula sebagai seoarang perunding hartanah. Anda perlu memperkenalkan diri kepada orang ramai dan menawarkan servis anda. Selain itu boleh dapatkan senarai pemilik hartanah yang memerlukan khidmat anda di website atau media sosial yang di tawarkan.
#2 - Membuat Analisa Senarai Hartanah
Senarai hartanah yang diperolehi perlu di semak dengan teliti dan tepat untuk memastikan ia tersenarai dalam listing yang berpotensi untuk di niagakan.
#3 - Melakukan Pemeriksaan / "Inspection" ke Atas Hartanah
Proses ini penting untuk memastikan hartanah yang akan di uruskan adalah hartanah yang sah dari pemilik dan mempunyai dokumen yang sah serta melakukan proses mengambil gambar / video hartanah tersebut.
#4 - Melakukan Pemasaran Khusus (Marketing)
Pemasaran adalah tugas penting untuk memastikan sesuatu hartanah itu dapat di jual / di sewakan dalam tempoh yang cepat. Anda juga boleh memberi tahu kepada senarai pembeli berdaftar yang mencari hartanah dengan anda sebelum ini.
#5 - Bawa Bakal Pembeli Melihat / "Viewing" Rumah Pilihan Mereka
Tugas ini sangat penting bagi memastikan kedua pihak penjual dan pembeli dapat memastikan impian mereka tercapai. Dalam masa ini perlu diterangkan juga proses jual beli hartanah kepada bakal pembeli
#6 - Pembeli Bersetuju Untuk Membeli
Tugas Perunding Hartanah hendaklah memastikan kelayakan pinjaman dan memastikan pembeli mempunyai wang deposit yang diperlukan sebelum menandatangani borang penjualan.
#7 - Dapatkan Pembiayaan Hartanah Untuk Pembeli
Kebiasaannya pembeli akan mendapatkan pembiayaan hartanah mereka melalui bank atau melalui Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA). Perunding hartanah hendaklah membantu mempercepatkan proses permohonan dalam masa yang di tetapkan.
#8 - Penjanjian Jual Beli (SPA/S&P)
Perjanjian jual beli akan di sediakan oleh pihak peguam yang dilantik. Pembeli hendaklah menandatangani perjanjian selepas permohonan pinjaman diluluskan. Perjanjian Jual Beli hendaklah dilakukan di dalam masa yang telah ditetapkan.
#9 - Claim Komisyen Jualan
Kebiasanya proses ini proses yang sangat dinantikan. Selepas perjanjian jual beli di sahkan. Perunding hartanah berhak mendapatkan bahagian mereka melalui agensi hartanah.
#10 - Service Selepas Jualan
Walaupun tugas Perunding Hartanah sudah selesai. Sebagai Perunding yang bertangungjawab biasanya tugas ini akan terus dibantu sehingga pembeli mendapatkan kunci rumah mereka.
Untuk pengetahuan anda, kerjaya Perunding Hartanah tidak ada istilah gaji basic. Semuanya bergantung pada diri sendiri. Nak income lebih, kerja lebih. Pendapatan sebagai seorang Perunding Hartanah adalah melalui komisyen jualan atau sewaan rumah. Setakat hari ini, fee yang dibenarkan oleh pihak Lembaga Penilai, Pentaksir & Ejen Harta Tanah (LPPEH) untuk dikenakan kepada pelanggan adalah hanya sebanyak 3% sahaja dari harga jualan.
Sebagai contoh, Sebuah rumah teres dua tingkat di Bangi Avenue, Kajang telah di jual dengan harga RM500,000. Pemilik yang melantik Perunding Hartanah telah bersetuju untuk membayar 3% komisyen julan dari harga yang terjual.
Kebiasaannya Perunding Hartanah baru akan mendapat bahagian 70% dari RM15,000 tadi dan agensi 30%.
Jadi jumlah bersih untuk Perunding Hartanah tadi …. 70% x RM15,000 = RM10,500 adalah jumlah bersih komisyen jualan bagi perunding hartanah tersebut.
Ini contoh jika anda dapat jual 1 unit sahaja dalam masa 1 bulan. Bagaimana jika berjaya 2 ke 3 unit sebulan.. Walaupun harga hartanah tersebut bernilai RM200,000.
Kenapa perlu tunggu orang lain berjaya baru anda nak mula. Sila lengkapkan maklumat anda di bawah. Saya akan whatsapp anda segera
COPYRIGHT © 2018 – 2022 ARZONE PROPERTIES SDN BHD (1278448-V)